Jadual pilihan raya di DUN Permatang Pasir Pilihan_raya_kecil_Permatang_Pasir_2009

Pada 7 Ogos 2009, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata bahawa mereka akan mengadakan mesyuarat pada Isnin, 10 Ogos 2009 untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang.[2]Akhirnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009 manakala hari pengundian pada 25 Ogos 2009 yang mana ia jatuh pada hari kerja iaitu hari Selasa 4 hb Ramadan. SPR telah menetapkan proses penamaan calon dan pusat penjumlahan undi diadakan di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. Sebanyak lapan buah pusat pengundian iaitu lapan buah sekolah membabitkan 39 saluran akan dibuka pada hari pengundian.[3]